AGENDANASIONAL

Seluruh Selangor diramal hujan, ribut petir hingga 9 malam

SHAH ALAM, 27 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 9 malam ini.

Menerusi Facebook, amaran sama turut dikeluarkan di Pulau Pinang serta beberapa daerah di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir yang dikeluarkan sah tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :