PBTSELANGOR

Sukan rakyat, pertunjukan haiwan antara acara menarik karnival Subang Jaya

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 19 OKT: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menyediakan lebih 10 acara menarik sempena Karnival Bandar Raya Subang Jaya bermula esok.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan berkata program dua hari itu sempena ulang tahun ketiganya sebagai majlis bandaraya.

Aktiviti esok bermula dengan perbarisan jabatan MBSJ, Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) MBSJ, badan beruniform, sekolah dan pemegang taruh MBSJ di Arena MBSJ, Persiaran Perpaduan, USJ 5, Subang Jaya.

Sementara pada Sabtu pula diadakan sukan rakyat, pertandingan dart, karom, melukis, mewarna, pemeriksaan kesihatan, kempen derma darah, pertandingan penalti dan pertunjukan haiwan.

“Jom semua hadir dan sertai aktiviti yang disediakan khas buat pelbagai peringkat komuniti mulai dari jam 8 pagi hingga 11 malam.

“MBSJ mengalu-alukan anda semua meraikan Karnival Bandar Raya Subang Jaya,” menurut poster di Facebook.

Untuk keterangan lanjut boleh layari media sosial rasmi atau laman sesawang MBSJ di www.mbsj.gov.my.


Pengarang :