AGENDANASIONAL

Tujuh daerah di Selangor diramal hujan lebat hingga 4 petang

SHAH ALAM, 24 OKT: Tujuh daerah di Selangor diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga 4 petang ini, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menerusi maklumat di Facebook rasmi jabatan tersebut, daerah terlibat ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

Cuaca sama diramal berlaku di Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan Melaka serta beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 


Pengarang :