Hujan lebat di sekitar ibu kota Kuala Lumpur pada 18 Julai 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Tujuh daerah di Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 9 malam

SHAH ALAM, 23 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh daerah di Selangor sehingga 9 malam.

Agensi itu memaklumkan daerah terlibat ialah Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang selain Kuala Lupur dan Putrajaya.

Amaran sama turut diramal berlaku di beberapa kawasan di Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :