Seramai 31 bayi pramatang di Hospital Al-Shifa di Bandaraya Gaza dipindahkan ke sebuah hospital di Rafah City, selatan Semenanjung Gaza pada 19 November 2023. Foto Facebook Reuters
AGENDAGLOBAL

31 bayi pramatang di Hospital Al-Shifa di Gaza dipindahkan

GAZA, 20 NOV: Seramai 31 bayi pramatang di Hospital Al-Shifa di Bandaraya Gaza dipindahkan pada Ahad, menurut Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) dalam satu kenyataan.

Menurut Xinhua, kenyataan itu berkata kru PRCS membawa bayi-bayi itu ke sebuah hospital di Rafah City di selatan Semenanjung Gaza.

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata keadaan bayi yang baru lahir itu semakin merosot dan berdepan risiko kematian.

Perkembangan itu susulan kematian tragis beberapa bayi lain terutamanya selepas perkhidmatan kesihatan di kemudahan berkenaan lumpuh sepenuhnya.

– BERNAMA-XINHUA


Pengarang :