AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat hingga 9 malam

SHAH ALAM, 11 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat di Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat sehingga jam 9 malam ini.

Agensi itu memaklumkan keadaan sama diramal melanda Kuala Lumpur, seluruh Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Menurut MetMalaysia di Facebook, cuaca buruk itu juga diramal berlaku di beberapa daerah di Perak, Kelantan, Terengganu, Johor, Sarawak dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 


Pengarang :