Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan air laut turut bergelora. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Kuala Langat hingga 7 malam

SHAH ALAM, 25 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat sehingga 7 malam ini.

Menurut agensi itu di Facebook, cuaca sama dijangka berlaku di Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan beberapa daerah di Sabah serta Sarawak.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :