Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Langat hingga 7 malam

SHAH ALAM, 30  NOV: Tiga daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Langat diramal dilanda hujan lebat disertai ribut petir hingga 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan cuaca sama dijangka berlaku di beberapa daerah di Perak, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

Pengarang :