Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial Malaysian Meteorological Department serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Amaran hujan lebat lima daerah di Selangor hingga 10 pagi

SHAH ALAM, 21 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di lima daerah di Selangor sehingga 10 pagi ini.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan daerah berkenaan adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

Cuaca sama diramal melanda beberapa daerah di Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :