AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat seluruh Selangor, KL hingga 7 malam

SHAH ALAM, 13 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di seluruh Selangor dan Kuala Lumpur hingga 7 malam ini.

Agensi itu mengeluarkan amaran sama melibatkan seluruh Putrajaya, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Melaka, Johor selain beberapa kawasan di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Facebook Malaysian Meteorological Department

Pengarang :