Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor sehingga 7 malam, 1 Oktober 2022.
AGENDANASIONAL

Amaran ribut petir di Selangor, KL, Putrajaya hingga 3 petang

SHAH ALAM, 14 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramal seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dilanda ribut petir dan hujan lebat hingga 3 petang ini.

Turut diramal mengalami cuaca sama ialah seluruh Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Sebelum ini, MetMalaysia melaporkan hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak pada bulan ini hingga Januari depan susulan monsun timur laut.

Hujan lebat juga boleh berlaku di negeri-negeri lain sekiranya terdapat luruan monsun kuat atau dan wujud sistem cuaca bertekanan rendah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :