Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (kiri) diberi penerangan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim pada majlis taklimat pembangunan Kompleks Islam Gombak Permai, Gombak pada 24 Julai 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Dana RM25 juta bina kompleks Islam di Gombak Permai, pusat agama penduduk setempat

SHAH ALAM, 11 NOV: Sebuah kompleks Islam akan dibina di Gombak Permai bagi memastikan keselesaan beribadat selain menyediakan pendidikan Islam lebih baik kepada penduduk setempat.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pembinaan kompleks membabitkan peruntukan RM25 juta merangkumi masjid, kuarters imam dan bilal serta dua blok sekolah rendah agama.

“Pembinaan kompleks ini juga akan memberi manfaat dan keselesaan beribadat serta pendidikan agama Islam yang lebih baik kepada penduduk setempat,” katanya membentangkan Belanjawan Selangor 2024 semalam.

Beliau juga berharap pembinaan kompleks oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad akan menjadi salah satu mercu tanda di daerah berkenaan.


Pengarang :