Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Gombak antara tiga daerah diramal hujan lebat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 16 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramal ribut petir dan hujan lebat melanda tiga daerah di Selangor sehingga 6 petang.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan daerah berkenaan adalah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

Cuaca sama turut dijangka berlaku seluruh Perlis, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Melaka selain beberapa kawasan di Kedah, Perak dan Pahang.

Keadaan sama turut diramal melanda beberapa daerah di Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 


Pengarang :