AGENDANASIONAL

Gombak, Petaling, Hulu Langat, KL diramal hujan lebat hingga 7 malam

SHAH ALAM, 27 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Kuala Lumpur, Gombak, Petaling dan Hulu Langat sehingga 7 malam ini.

Menurut agensi itu di Facebook cuaca sama dijangka berlaku di Melaka, beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :