AGENDANASIONAL

Hujan lebat diramal landa KL, lima daerah di Selangor hingga 5 petang

SHAH ALAM, 21 NOV: Lima daerah di Selangor iaitu Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang diramal hujan lebat hingga 5 petang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut mengeluarkan amaran hujan lebat disertai ribut petir dan angin kencang di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka , Johor  selain beberapa kawasan di Sabah.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

Pengarang :