AGENDANASIONAL

Hujan lebat, ribut petir dijangka landa enam daerah hingga 2 pagi

SHAH ALAM, 29 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling hingga 2 pagi.

Hujan lebat disertai ribut petir dan angin kencang juga dijangka berlaku di seluruh Pulau Pinang, Perak selain beberapa daerah di Kedah, Pahang serta Sarawak.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

Pengarang :