Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat diramal hujan lebat hingga 3 petang

OLEH NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 13 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Hulu Selangor, Gombak serta Hulu Langat sehingga 3 petang.

Menerusi Facebook rasmi jabatan itu, cuaca sama dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Negeri Sembilan. Turut diramal hujan lebat beberapa daerah di Sabah dan Sarawak.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :