Jalan Bandar Baru Salak Tinggi (BBST)-Kota Warisan di Sepang ditutup sementara berikutan kenaikan paras air akibat banjir pada 6 November 2023 . Foto Facebook Trafik IPD Sepang
AGENDANASIONAL

Jalan Bandar Baru Salak Tinggi-Kota Warisan ditutup sementara susulan air naik

SHAH ALAM, 6 NOV: Jalan Bandar Baru Salak Tinggi (BBST)-Kota Warisan di Sepang ditutup sementara mulai hari ini berikutan kenaikan paras air akibat hujan berterusan semalam.

Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang memaklumkan penutupan termasuk laluan alternatif bagi menjaga aspek keselamatan pengguna jalan raya selain mengelak masalah kepada kenderaan.

“Penutupan jalan bermula hari ini sehingga dimaklumkan. Diharap semua pengguna jalan raya dapat beri kerjasama dan dinasihatkan untuk menggunakan laluan lain sebagai alternatif dalam tempoh berkenaan,” katanya di Facebook.

Jalan Bandar Baru Salak Tinggi (BBST)-Kota Warisan di Sepang ditutup sementara berikutan kenaikan paras air akibat banjir pada 6 November 2023. Foto Facebook Trafik IPD Sepang

Hujan berterusan semalam mengakibatkan Sepang dilanda banjir dan empat pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa terjejas.

PPS itu Dewan Kampung Dato’ Ahmad Razaki, Dewan Komuniti Taman Gemilang, Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Jenderam Hilir dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dengkil.


Pengarang :