Orang ramai menunaikan solat maghrib yang diimamkan qari dan imam Palestin, Sheikh Ar Rami As-Sousi pada Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil pada 24 Oktober 2023. Foto Facebook BERNAMA
AGENDANASIONAL

Jawi gesa masjid, surau laksana Qunut Nazilah untuk Gaza

KUALA LUMPUR, 8 NOV: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menggesa pihak masjid, surau Jumaat, dan seluruh surau Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan melaksanakan Qunut Nazilah pada setiap waktu solat Fardu bermula hari ini bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Palestin.

Pengarah Jawi Datuk Mohd Ajib Ismail memaklumkan gesaan mengadakan Qunut Nazilah itu dibuat susulan serangan berterusan rejim Israel di Gaza yang mengorbankan semakin banyak nyawa para syuhada.

“Semoga doa dan munajat yang dititipkan tanpa henti dari kejauhan akan menjadi asbab pertolongan Allah SWT serta meringankan penderitaan dan menghentikan segera serangan kejam yang tidak berperikemanusiaan ke atas rakyat Palestin yang tidak berdosa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-BERNAMA


Pengarang :