Oleh NAS NORZIELA NASBAH
SHAH ALAM, 28 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat serta Hulu Langat di Selangor hingga 7 malam ini.
Menurut agensi itu di Facebook, cuaca sama dijangka berlaku di Kuala Lumpur selain beberapa daerah di Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.