Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial Malaysian Meteorological Department serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Lapan daerah di Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 30 OKT: Hujan lebat dan ribut petir diramal melanda lapan daerah di Selangor sehingga 6 petang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan daerah terbabit adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

Cuaca sama dijangka berlaku di seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka dan Johor.

Keadaan sama turut melanda beberapa kawasan di Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan dan Sarawak.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir yang dikeluarkan sah tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :