Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bersama pemimpin negeri dan pegawai kanan kerajaan menunjukkan buku pembentangan Belanjawan Selangor 2024 di Bangunan Pentadbiran Kerajaan Negeri pada 10 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Negeri dijangka lunas penuh hutang persekutuan tahun depan

SHAH ALAM, 10 NOV: Kerajaan Selangor dijangka melunaskan sepenuhnya hutang dengan kerajaan persekutuan pada 2024 berdasarkan kebebasan kewangan cemerlang yang dimiliki.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata baki hutang sebanyak RM19.20 juta terdiri daripada pinjaman Projek Bekalan Air dan Skim Amanah Saham Selangor (ASAS).

Beliau menjelaskan komitmen penyelesaian liabiliti hutang negeri pada 2024 juga rendah, hanya melibatkan penyelesaian baki ansuran akhir Skim ASAS berjumlah RM1.89 juta.

Katanya, baki pinjaman Projek Bekalan Air sebanyak RM17.3 juta pula akan dipindahkan kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) yang hanya memerlukan tindakan urusan dokumentasi.

“Dengan kelebihan kebebasan kewangan ini, Kerajaan Negeri berjaya membuktikan tatakelola terbaik dalam menguruskan sumber kewangan tanpa menjejaskan ketangkasan perkhidmatan dalam meningkatkan darjat hidup rakyat Selangor melalui Belanjawan Negeri 2024,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2024 di sini hari ini.


Pengarang :