Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama EXCO Pembangunan Wanitan dan Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari dan beberapa wakil rakyat memegang plakad simbolik menyokong program Bangkit! Melawan Keganasan terhadap wanita dan Kanak-Kanak di Bangunan Annexe Shah Alam pada 20 November 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Negeri lancar program ajak masyarakat bangkit lawan keganasan terhadap wanita, kanak-kanak

SHAH ALAM, 20 NOV: Kerajaan Negeri melancarkan program Bangkit! Melawan Keganasan Terhadap Wanita Dan Kanak-Kanak bagi menyemarakkan lagi kempen 16 Hari Aktivisme Melawan Keganasan Berasaskan Gender.

EXCO pemberdayaan wanita dan kebajikan masyarakat berkata program yang bermula hari ini hingga 10 Disember menampilkan pelbagai pengisian menarik antaranya pementasan teater ‘Sampai Syurga’, lawatan ke rumah perlindungan dan forum kisah rumahtangga.

EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari ketika sidang media program Bangkit! Melawan Keganasan terhadap wanita dan Kanak-Kanak di Bangunan Annexe Shah Alam pada 20 November 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

“Kempen ini adalah langkah advokasi masyarakat agar lebih cakna mengenai bentuk keganasan mental dan fizikal khususnya yang berlaku terhadap wanita dan kanak-kanak.

“Naratif pencegahan ini perlu dibina di setiap peringkat dengan kerjasama dan komitmen kolektif segenap pihak iaitu daripada akar umbi sehingga ke peringkat pembuatan dasar.

“Dengan pelaksanaan kempen ini, diharap masyarakat di Selangor dapat bersatu melawan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak,” kata Anfaal Saari.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pelancaran program berkenaan di Bangunan Annexdi sini.

Terdahulu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama wakil rakyat termasuk dari blok pembangkang turut hadir mengangkat plakad “Jinggakan Selangor” dan “Bangkit! Melawan Keganasan Terhadap Wanita Dan Kanak-Kanak” simbolik sokongan terhadap kempen berkenaan.

Sambutan Hari Antarabangsa Hentikan Keganasan Terhadap Wanita disambut di negara ini dan masyarakat dunia pada 25 November setiap tahun.

 

 

 


Pengarang :