SHAH ALAM, 1 NOV: Empat daerah di Selangor diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga 4 petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan daerah terlibat adalah Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.
Cuaca sama diramal berlaku di seluruh Kuala Lumpur, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Johor serta beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Sarawak.
Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.