Air Terjun Sungai Gabai adalah salah satu geotapak bagi Geotaman Gombak-Hulu Langat yang terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Sungai Lalang dan mempunyai nilai warisan saintifik, rekreasi dan estetik. Foto Facebook Gombak-Hulu Langat Geopark
AGENDANASIONAL

RM2 juta sasar Geotaman Gombak-Hulu Langat diiktiraf Unesco

SHAH ALAM, 10 NOV: Negeri menyasar Geotaman Gombak-Hulu Langat diiktiraf Geotaman Global Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) menjelang 2027.

Bagi menjayakan hasrat itu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memperuntuk RM2 juta untuk
menggerakkan kajian saintifik, pembangunan prasarana kolektif dan geopelancongan.

“Geotaman Gombak-Hulu Langat diiktiraf kerajaan persekutuan sebagai geotaman ketujuh negara dan geotaman kebangsaan pertama di Selangor,” katanya membentangkan belanjawan 2024 semalam.

Sebelum ini, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor bertitah pengiktirafan geotaman itu dalam peringkat kebangsaan bakal memperkukuh usaha negeri memelihara alam sekitar.

Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah ia juga menjamin kesejahteraan rakyat, matlamat pembangunan lestari selain memelihara warisan geologi, budaya dan biologi.


Pengarang :