Pelajar menggunakan kemudahan tandas baharu Projek Rintis Bangunan Daif di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi, Seksyen 2, Kajang pada 6 November 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

RM26.5 juta baik pulih sekolah negeri, sedia persekitaran kondusif

SHAH ALAM, 11 NOV: Sejumlah RM26.5 juta diperuntuk bagi membaik pulih infrastruktur sekolah pada tahun depan, kata Dato’ Menteri Besar.

Jelas Dato’ Seri Amirudin Shari peruntukan disedia sejak 2009 itu bagi menyediakan persekitaran lebih kondusif.

“Semenjak diperkenalkan, program ini telah menerima sambutan yang sangat tinggi daripada sekolah-sekolah di negeri Selangor.

“Pada tahun ini sebagai contohnya sebanyak 988 buah sekolah telah diberikan bantuan,” katanya  semalam.

Namun bermula tahun depan, RM1.5 juta daripada dana berkenaan diperuntuk bagi baik pulih infrastruktur sekolah yang rosak akibat bencana.

Amirudin menambah inisiatif dinamakan Tabung Khas Pemulihan Bencana Infrastruktur Sekolah Negeri Selangor itu dimaklumkan kepada Kementerian Pendidikan.

“Diharap (inisiatif ini) boleh menjadi satu inisiatif rentas negeri-kementerian bagi memastikan persekitaran institusi sekolah dapat kembali pulih segera sekiranya terkesan bencana,” katanya.


Pengarang :