Pengguna jalan raya terpaksa meredah banjir untuk ke Klang berikutan hujan lebat semalaman ketika tinjauan di Jalan Sungai Kandis, Shah Alam pada 18 Disember 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Selangor, KL dan Putrajaya diramal ribut petir hingga 5 petang

SHAH ALAM, 15 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramal seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dilanda ribut petir dan hujan lebat hingga 5 petang ini.

Turut diramal mengalami cuaca sama ialah seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Melaka dan beberapa kawasan di Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak.

Hujan lebat juga boleh berlaku di negeri-negeri lain sekiranya terdapat luruan monsun kuat atau dan wujud sistem cuaca bertekanan rendah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 


Pengarang :