AGENDANASIONAL

Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 6 NOV: Seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya diramal ribut petir serta hujan lebat sehingga 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook keadaan sama berlaku di seluruh Melaka dan Johor manakala beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :