Datuk Bandar Subang Jaya Mohd Fauzi Mohd Yatim (tengah) dan Timbalan Datuk Bandar Subang Jaya Mohd Zulkurnain Che Ali (hadapan tiga kiri) menunjukkan tabung amanah kemanusiaan Palestin MBSJ yang dilancarkan pada 15 November 2023. Foto MBSJ
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

Tabung amanah kemanusiaan Palestin MBSJ berjaya kumpul RM10,000

SUBANG JAYA, 22 NOV: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) mengumpul sebanyak RM10,000 hasil sumbangan warga kerja pihak berkuasa tempatan (PBT) itu untuk disalur kepada penduduk Gaza.

Datuk Bandarnya Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata dana itu dikumpul dalam tempoh seminggu sejak tabung amanah kemanusiaan rakyat Palestin MBSJ dilancar Rabu minggu lepas.

“Pelancaran kutipan tabung ini dibuat sebagai tanda solidariti kakitangan MBSJ terhadap nasib rakyat Palestin sekali gus meringankan penderitaan mereka di sana.

Warga kerja menyumbang kepada tabung amanah kemanusiaan Palestin MBSJ yang dilancarkan pada 15 November 2023. Foto MBSJ

“Wang sumbangan ini sudah disalurkan ke akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin peringkat perkhidmatan awam,” katanya selepas mesyuarat penuh di sini hari ini.

Pada 27 Oktober, Kerajaan Negeri menyerah sumbangan RM1 juta kepada Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) bagi mengurangkan kesengsaraan rakyat negara itu.

Simbolik penyerahan disempurnakan Dato’ Seri Amirudin Shari dengan menyerahkan cek cura kepada Setiausaha bahagian Asia Barat Kementerian Luar Negari Datuk Zahairi Baharim di bangunan pentadbiran negeri (SUK).

Setakat 6 petang semalam, angka korban rakyat Palestin akibat serangan berterusan tentera Israel di Semenanjung Gaza melonjak kepada 14,128 mangsa.

Berdasarkan statistik dikeluarkan Pejabat Media Kerajaan Hamas di Gaza, seramai 6,800 lagi penduduk Gaza dilaporkan hilang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan bangunan dan kediaman dibom rejim Zionis.


Pengarang :