Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyaksikan penyampaian bantuan berjumlah RM200,000 kepada Tabung Musaadah Palestin Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) oleh Pengerusi Mais Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof kepada Ketua Pengarah Jakim Datuk Hajah Hakimah Mohd Yusof di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pada 24 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Tabung bantuan Palestin, Mais serah sumbangan RM200,000

SHAH ALAM, 24 NOV: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyumbang sebanyak RM200,000 kepada Tabung Musaadah Palestin Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohf Yusof berkata bantuan kemanusiaan itu diserahkan kepada Pengarah Jakim Datuk Hakimah Mohd Yusof, yang menjadi penyelaras tabung terbabit.

“Sumbangan juga sebagai tanda sokongan Mais terhadap usaha murni dan kemanusiaan membantu kesengsaraan rakyat Palestin

“Mais menyeru dan mengingatkan khususnya umat Islam di Selangor supaya terus menyokong saudara Islam di Palestin dan pastikan sumbangan dihulur kepada pihak yang bertanggungjawab,” katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyerahkan bantuan kemanusiaan sebanyak RM4.374 juta kepada Tabung Musaadah Palestin Jakim dalam majlis yang berlangsung di Istana Bukit Kayangan, di sini hari ini.

Turut berangkat Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Dato’ Shahzihan Ahmad.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat ke majlis pelancaran laman web Jais dan sumbangan dana Palestin di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pada 24 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pengarang :