Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Tiga daerah di Selangor diramal ribut petir, hujan lebat hingga 9 pagi

SHAH ALAM, 9 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di tiga daerah di Selangor sehingga jam 9 pagi.

Agensi itu memaklumkan daerah terlibat adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang.

Cuaca sama diramal beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :