DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al- Haj perkenan mengurniakan darjah kebesaran ketika Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor sempena Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-75 di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang pada 27 November 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

97 individu terima darjah sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor esok

SHAH ALAM, 10 DIS: Seramai 97 individu bakal dikurnia darjah dan bintang kebesaran Selangor sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ke-78.

Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim berkata senarai pencalonan disenarai pendek Jawatankuasa Khas dan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Dewan di-Raja pada 5 Oktober lalu.

Setiausaha KerajaanNegeri Selangor Dato’ Haris Kasim

“Senarai pencalonan ini juga menerima perkenan DYMM Sultan Selangor selepas baginda berunding dengan Dewan di-Raja.

“Semua calon yang disenarai pendek juga melepasi tapisan polis, Jabatan Insolvensi dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya menerusi kenyataan.

Haris menambah seramai 2,762 pencalonan diterima iaitu 1,032 individu bagi darjah dan bintang kebesaran manakala 1,730 pula dicalonkan bagi pingat negeri Selangor.

Jelasnya, Kerajaan Negeri menawarkan pencalonan darjah dan bintang kebesaran serta pingat itu bermula pada 16 Jun sehingga 16 Ogos 2023.


Pengarang :