AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di KL, hampir seluruh daerah di Selangor hingga 7 malam

SHAH ALAM, 11 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda hampir seluruh daerah di Selangor hingga 7 malam ini.

Menurut agensi itu di Facebook, daerah terlibat ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

Cuaca sama sama dijangka berlaku di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya, Pulau Pinang dan beberapa daerah di Kedah, Perak dan Pahang.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :