AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Amaran hujan lebat enam daerah di Selangor hingga 9 malam

OLEH NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 26 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda enam daerah di Selangor hingga 9 malam ini.

Menurut agensi itu di Facebook daerah berkenaan adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling.

Cuaca sama dijangka melanda Kuala Lumpur dan Labuan serta beberapa daerah di Perak, Johor, Sarawak dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :