Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika ceramah Jelajah Madani peringkat DUN Lembah Jaya di Kampung Tasik Tambahan, Ampang Jaya pada 3 Ogos 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/ SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Amirudin kekal terajui Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Selangor

SHAH ALAM, 14 DIS: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Dato’ Seri Amirudin Shari kekal sebagai pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor bagi sesi 2023-2025.

Wakil rakyat Tanjung Sepat Borhan Aman Shah turut dikekalkan sebagai timbalan pengerusi dalam sesi baharu yang berkuat kuasa pada 1 Disember, kata pengarah komunikasi KEADILAN Selangor.

“Mendepani pentas politik yang semakin progresif, maka KEADILAN Selangor merasakan wajar untuk melakukan rejuvenasi dalam kepimpinan dengan merangkumkan tenaga dan idea yang lebih segar,” kata Mohd Afiq Mohd Tuniman dalam kenyataan hari ini.

Senarai lengkap pelantikan baharu Biro Politik MPN KEADILAN Selangor seperti berikut:

Pengerusi
Dato’ Seri Amirudin Shari

Timbalan Pengerusi
Borhan Aman Shah

Naib Pengerusi 1
Hee Loy Sian

Naib Pengerusi 2
G Gunarajah

Naib Pengerusi 3
Juwairiya Zulkifli

Ketua Wanita
Rozana Zainal Abidin

Ketua Angkatan Muda
Muhammad Izuan Ahmad Kasim

Setiausaha
Saudara Mohd Khairuddin Othman

Bendahari
Elizabeth Wong

Ketua Penerangan
Halimey Abu Bakar

Setiausaha Pengelola
Mohd Yahya Mat Sahri

Pengarah Strategik
Saifuddin Shafi Muhammad

Pengarah Mobilisasi
Mohd Azhar Achil

Pengarah Latihan
Ahmad Azri Zainal Nor

Pengarah Jabatan Pilihan Raya
Dr Yaakob Sapari

Pengarah Komunikasi
Mohd Afiq Mohd Tuniman

Ex-Officio
Mohd Najwan Halimi
Dr Muhammad Fahmi Ngah
Azmizam Zaman Huri
Rodziah Ismail
A.RahimAhmad Kasdi
R Sivarasa


Pengarang :