Remaja lelaki ditemukan lemas pada jam 1.12 tengah hari oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dalam kejadian 14 Disember 2023 di Bandar Saujana Putra. Foto Ihsan JBPM Selangor
AGENDAJENAYAH

Remaja lelaki ditemukan lemas di tasik

SHAH ALAM, 14 DIS: Remaja lelaki berusia 15 tahun ditemukan lemas di tasik berhampiran Jalan SP3 Bandar Saujana Putra tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata mayat remaja itu ditemui 1.12 tengah hari oleh anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA).

Beliau berkata lima anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Telok Panglima Garang serta pasukan skuba dari Shah Alam dan Pelabuhan Klang digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 10.33 pagi.

Ahmad Mukhlis berkata mangsa ditemukan di dasar sungai pada jarak lima meter dari tebing dengan kedalaman lima meter setelah bomba melakukan pencarian di permukaan.

“Kita serahkan mangsa kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.


Pengarang :