Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Gombak antara tiga daerah diramal hujan lebat hingga 7 malam 

SHAH ALAM, 28 DIS: Hujan lebat dan ribut petir diramal melanda tiga daerah di Selangor sehingga 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia di Facebook memaklumkan daerah berkenaan meliputi Sabak Bernam, Gombak dan Hulu Langat.

Cuaca sama turut dijangka berlaku di Kuala Lumpur dan beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :