Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. Foto BERNAMA
AGENSISELANGOR

Gombak, Hulu Selangor diramal hujan lebat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 4 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat di Gombak dan Hulu Selangor hingga 6 petang.

Menurut agensi itu di Facebook, cuaca hujan disertai ribut petir juga dijangka melanda seluruh Perlis dan beberapa daerah di Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :