AGENDANASIONAL

Hujan lebat diramal landa KL, tujuh daerah di Selangor hingga 5 petang

SHAH ALAM, 15 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda tujuh daerah di Selangor hingga 5 petang.

Daerah tersebut ialah Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang selain Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Menurut agensi itu di Facebook, cuaca sama dijangka melanda seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Melaka selain beberapa daerah di Perak, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

Pengarang :