Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Balakong di Kampung Jambu, Kajang pada 23 Disember 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jualan murah barangan dapur di lapan lokasi hujung minggu ini

SHAH ALAM, 28 DIS: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang menjual barangan asas pada harga murah diteruskan ke lapan lagi lokasi pada Sabtu dan Ahad ini.

Bermula 10 pagi hingga 1 tengah hari, jualan berlangsung di Pangsapuri Cempaka Blok 6 (Kota Damansara), Tapak Futsal Kompleks PKNS Bangi (Sungai Ramal), Dewan Komuniti Taman Permai (Semenyih) dan Pukal Padi Tali Air 1 (Sungai Burong) pada Sabtu.

Jualan sama diteruskan sehari selepas itu di Kompleks Penghulu Mukim Hulu Langat Batu 13 (Dusun Tua), Dewan Orang Ramai Taman Gemilang (Dengkil), Dewan Serbaguna Dato Ahmad Razali (Sementa) dan Kampung Melayu Sungai Buloh (Paya Jaras).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Pada 22 September, EXCO Pertanian Ir Izham Hashim berkata Selangor membelanjakan subsidi berjumlah RM40 juta untuk melaksanakan jualan murah di hampir 2,850 lokasi yang memanfaatkan lebih 5 juta rakyat.

Selain menganjurkan jualan murah di lokasi terpilih setiap hari kecuali Jumaat dan cuti umum, PKPS turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Segi Fresh bagi memperluas capaian kepada penduduk setempat.

Terbaharu, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti 2023 ekoran kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR)  menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :