AGENDANASIONAL

KL, Klang, Sepang antara lokasi diramal hujan lebat hingga 1 pagi

SHAH ALAM, 7 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang hingga 1 pagi.

Menurut agensi itu di Facebook, hujan lebat diisertai ribut petir dan angin turut melanda Kuala Lumpur dan Labuan selain beberapa kawasan di Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

Pengarang :