Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan air laut turut bergelora. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Klang antara lima daerah diramal hujan lebat hingga 8 malam ini

SHAH ALAM, 12 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang sehingga 8 malam ini.

Menurut MetMalaysia keadaan sama diramal melanda Kuala Lumpur dan beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor serta Sarawak.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :