AGENDANASIONAL

Klang, Gombak antara daerah diramal hujan lebat hingga 8 malam

SHAH ALAM, 15 DIS: Lima daerah di negeri ini iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang dan Gombak diramal mengalami hujan lebat hingga 8 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat disertai ribut petir turut melanda seluruh Perlis dan Pulau Pinang selain beberapa daerah di Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

Pengarang :