AGENDANASIONAL

Klang, Kuala Langat antara daerah diramal hujan lebat hingga 4 pagi

SHAH ALAM, 23 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramal hujan lebat melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat hingga 4 pagi.

Menurut agensi itu di Facebook, cuaca hujan disertai angin kencang dijangka turut melanda beberapa daerah di Perak, Pahang, Johor dan Sarawak.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

Pengarang :