Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kuala Selangor, Klang, Gombak diramal hujan lebat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 2 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat di tiga daerah di Selangor iaitu Kuala Selangor, Klang dan Gombak hingga 6 petang.

Menurut agensi itu di Facebook, cuaca hujan disertai ribut petir dan angin kencang juga dijangka berlaku di beberapa daerah di Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :