Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan asas pada harga murah ketika program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Bandar Utama di Kampung Cempaka, Petaling Jaya pada 1 April 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Kunjungi enam lokasi jualan murah termasuk di Segi Fresh esok

SHAH ALAM, 16 DIS: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menemui orang ramai di empat lokasi esok.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan jualan murah diadakan di Masjid Hidayatul Muttaqin, Jalan Kampung Kuala Sungai Baru (DUN Kota Kemuning) dan Balai MPKK Cempakasari (DUN Sementa).

Dua lagi lokasi adalah di Tapak Pasar Malam Bandar Baru (DUN Bukit Melawati) dan Laman MBPJ (DUN Bukit Lanjan).

Inisiatif JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Sementara itu, program jualan murah kendalian PKPS dengan kerjasama pasar raya Segi Fresh turut berlangsung di dua cawangan esok iaitu di Kuala Selangor dan Gombak.

Produk ditawarkan antaranya ayam RM6.99 sekilogram, daging kiub (RM10/pek), siakap (RM7 seekor), telur gred D (RM10 sepapan), tepung gandum (RM2/pek) dan minyak masak 5kg (RM25).

Pada 22 September, EXCO Pertanian Ir Izham Hashim berkata Selangor membelanjakan subsidi berjumlah RM40 juta untuk melaksanakan jualan murah di hampir 2,850 lokasi yang memanfaatkan lebih lima juta rakyat.

PKPS juga pernah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau imbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :