Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) Datin Seri Masdiana Muhamad bersama peserta ketika program Jelajah Tekad Pendidikan #KitaSelangor bersama pelajar SPM dan STPM Selangor di Stadium Tertutup Kuala Selangor, Kuala Selangor pada 12 Disember 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Lebih 1,000 calon SPM, STPM munajat, persiapan rohani hadapi peperiksaan

KUALA SELANGOR, 12 DIS: Lebih 1,000 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) menyertai program Jelajah Tekad Pendidikan #KitaSelangor di Stadium Tertutup Kuala Selangor, hari ini.

Program kendalian Yayasan Selangor diisi dengan pelbagai acara spiritual dan keagamaan antaranya zikir munajat dan alunan qasidah sebagai persiapan rohani pelajar untuk berdepan peperiksaan utama.

Dianjur bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor dan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis), pelajar dari 17 sekolah turut berpeluang mendengar ceramah motivasi oleh guru tuisyen popular, Sir Badang.

Ceramah motivasi oleh guru tuisyen popular Sir Badang ketika program Jelajah Tekad Pendidikan #KitaSelangor bersama pelajar SPM dan STPM Selangor di Stadium Tertutup Kuala Selangor, Kuala Selangor pada 12 Disember 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Majlis disempurnakan dengan kehadiran Yang DiPertua Pekawanis Datin Seri Masdiana Muhamad diiringi Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Selangor Zaini Sulaiman.

Masdiana berkata, aspek kerohanian jiwa merupakan elemen yang sangat penting untuk menghadapi peperiksaan selain usaha dalam mengulangkaji pembelajaran.

Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) Datin Seri Masdiana Muhamad berucap ketika program Jelajah Tekad Pendidikan #KitaSelangor bersama pelajar SPM dan STPM Selangor di Stadium Tertutup Kuala Selangor, Kuala Selangor pada 12 Disember 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Proses menimba ilmu yang dilaksanakan di sekolah itu hanya berlandaskan akademik sahaja, jadi kita anjurkan program seperti ini bagi mendekatkan pelajar dengan aspek kerohanian dan bergantung harap kepada Tuhan.

“Saya lihat program ini juga dapat sambutan yang agak baik. Insya-Allah kita tiada masalah untuk bekerjasama dengan Yayasan Selangor, bagi meneruskan program seperti ini pada masa hadapan,” katanya.

Zikir munajat dan bacaan mathurat ketika program Jelajah Tekad Pendidikan #KitaSelangor bersama pelajar SPM dan STPM Selangor 2023 di Stadium Tertutup Kuala Selangor, Kuala Selangor pada 12 Disember 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pengarang :