Pengunjung berkayak di Kelab Tasik Putrajaya. Foto Facebook Tourism Malaysia
AGENSISELANGOR

Lebih RM40,000 menanti pengunjung Karnival Ban Canal Sabak Bernam

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 6 DIS: Pelbagai acara menarik menanti pengunjung Karnival Ban Canal 2023 dengan tawaran hadiah wang tunai lebih RM40,000 di Ban Canal Parit 14 Simpang Lima, Sabak Bernam bermula Jumaat hingga Ahad ini.

Program anjuran Pembangunan Kawasan Sabak Bernam (SABDA), Persatuan Kanu Selangor dan Majlis Daerah Sabak Bernam bertujuan memperkenal ban canal sebagai destinasi ekopelancongan dan akan dijadikan acara tahunan.

“Pelbagai aktiviti menarik antaranya pertandingan kayak, maraton kayak, reka cipta bot, sukan rakyat seperti lumba perahu, tarik perahu dan rakit berhias.

“Turut diadakan pertandingan larian bendang, aktiviti mendaki tembok tiruan, ‘flying fox’, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak Tadika Kemas dan sesi bertemu pasukan utama Selangor FC,” menurut Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI di Facebook.

Pada 17 November lalu, EXCO Kemajuan Desa Datuk Rizam Ismail memaklumkan Karnival Ban Canal akan diadakan setiap tahun bagi untuk mempromosi tarikan pelancongan, produk dan aktiviti di kawasan SABDA.


Pengarang :