Petugas kesihatan memantau tahap kesihatan mangsa terjejas banjir di pusat pemindahan banjir sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil, Sepang pada 9 September 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Mangsa banjir di Selangor kekal 14 orang takat pagi ini

SHAH ALAM, 19 DIS: Jumlah mangsa banjir di negeri ini kekal 14 orang setakat 7.30 pagi, maklum jawatankuasa pengurusan bencana negeri Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangor.

Sekretariatnya berkata mereka terdiri daripada lima keluarga yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Abdul Aziz Shah, Kuala Selangor.

“Mangsa masing-masing enam lelaki dan wanita dewasa termasuk kanak-kanak lelaki serta perempuan (satu),” menurut infografik dikongsikan jawatankuasa itu.

Portal publicinfobanjir.water.gov.my memaklumkan paras air Sungai Klang di Selat Muara, Klang mencatat 2.46 meter iaitu melebihi tahap waspada setakat 9.30 pagi ini.

Manakala Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat turut berada pada tahap waspada dengan paras air 3.55 meter, namun mencatat trend menurun.


Pengarang :