Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyantuni penduduk sekitar Sungai Besar dengan bersarapan di Warung Rijab Ustaz di Sungai Besar, Sabak Bernam pada 10 Disember 2023. Foto: FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

MB luang masa sarapan, ramah mesra bersama penduduk Sungai Besar

SABAK BERNAM, 10 DIS: Dato’ Menteri Besar menyantuni penduduk sekitar Sungai Besar dengan bersarapan di Warung Rijab Ustaz di sini pagi ini.

Dalam kunjungan kira-kira 40 minit itu, Dato’ Seri Amirudin Shari menikmati menu popular seperti nasi lemak sambal udang, roti canai dan kari kambing.

Beliau diiringi EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Ng Suee Lim, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim dan Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Norita Mohd Sidek.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyantuni penduduk sekitar Sungai Besar dengan bersarapan di Warung Rijab Ustaz di Sungai Besar, Sabak Bernam pada 10 Disember 2023. Foto: FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Amirudin turut beramah mesra dan bertanya khabar penduduk sambil memenuhi permintaan pengunjung yang teruja mahu bergambar dan berswafoto bersamanya.

Sementara itu, pemilik warung, Fahmi Mubarak Rahmat, 38, berkata beliau teruja dengan kehadiran julung kali pemimpin nombor satu negeri itu ke warungnya.

Pemilk warung Rijab Ustaz, Fahmi Mubarak Rahmat

“Kita dimaklumkan semalam Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar mahu berkunjung dan sarapan di warung kami, perasaan rasa sangat teruja.

“Terima kasih kerana sudi berkunjung dan menikmati pelbagai menu yang disediakan, semoga Dato’ Seri sudi lagi berkunjung ke sini,” katanya.

Usai bersarapan, Amirudin kemudian ke majlis perasmian Karnival Ban Canal 2023 di Ban Canal Parit 14 Simpang Lima, Sabak Bernam.

Karnival dianjurkan Pembangunan Kawasan Sabak Bernam (SABDA), Persatuan Kanu Selangor dan Majlis Daerah Sabak Bernam.


Pengarang :